Salam Idul Adha 2009

November 27, 2009

Sekolah Sains Sosial (UMS) dan Buletin de’ SinggahSini,


…. mengucapkan Salam Idul Adha kepada semua warga UMS dan kaum keluarga masing-masing.

Salam pengorbanan sejagat
kepada semua!

Advertisements

Penghujung Oktober 2009 di SSS

October 31, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
30 Oktober 2009 (3pm) Bilik Mesyuarat Dekan
: Mesyuarat Eksekutif pembentangan cadangan belanjawan 2010 bagi setiap program.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
30 Oktober 2009 (9am) Bilik Mesyuarat Utama
: Mesyuarat Hal Ehwal Latihan Industri, yang membincangkan beberapa isu berbangkit dan mod perlaksanaan latihan industri bagi pelajar-pelajar SSS (Program Hubungan Antarabangsa, Sosiologi dan Antropologi Sosial, Komunikasi dan Hubungan Industri).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
29 Oktober 2009 (11am) Bilik Mesyuarat Dekan
: Proses terakhir memurnikan buku Sabah Priority Issues (Setting the Course for Change), diselaraskan oleh Prof. Dr. Sabihah Osman (Ketua Projek).


Bintang Hati UMS

October 24, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

“Saya menerima anugerah ini kerana
adanya sokongan anda semua.”

Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Ampon,
Mesyuarat Pagi UMS, 23 Oktober 2009

Seluruh warga Sekolah Sains Sosial ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Ampon kerana telah dikurniakan darjah kebesaran tertinggi dalam hierarki Negeri Sabah, iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima. Majlis penganugerahan rasmi berlangsung pada 24 Oktober 2009 (Sabtu), bertempat di Istana Negeri. Pengiktirafan untuk Datuk Seri Panglima adalah kebanggaan kita semua.

Semoga bintang kebesaraan ini bakal menjadi simbol yang dapat mengukuhkan lagi imej dan reputasi UMS sebagai sebuah gedung ilmu tersohor di Negeri di Bawah Bayu.


Setiap perjalanan, ada permulaan

September 30, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Intan dan Andi bersama hadiah yang dimenangi bagi kategori Anugerah Inovasi Harapan (Perkhidmatan Awam)

29 September 2009 (Dewan Kuliah Pusat 1, UMS) 9.00am: Majlis Anugerah Inovasi UMS yang pertama berlangsung dalam suasana sederhana, tetapi meriah. Sekolah-sekolah pengajian sains secara umumnya mendominasi Read the rest of this entry »


Selepas Hujan Ribut

September 28, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Cermin-cermin yang tersungkap, pohon-pohon yang tumbang

Gambar di atas memaparkan sebahagian panorama sekitar Sekolah Sains Sosial pada 28 September 2009 (Isnin), selepas berlaku hujan ribut pada malam sebelumnya. Anomali cuaca begini adalah satu ciri lazim pada musim perantaraan monsun (Mac-April; September-Oktober). Pertukaran suhu udara secara mendadak Read the rest of this entry »


Salam Idul Fitri

September 16, 2009

.
.

Begitu sukarkah mengucapkan kata maaf? Terlalu tinggikah ego sebuah perasaan?


Janganlah kerana kita hilang kata-kata untuk memohon kemaafan; maka kita kehilangan sesuatu yang lebih berharga. Fitrah asasi seorang manusia, dan nilai sebuah persahabatan.

Salam Idul Fitri, maaf lahir dan batin.


Satu Kemerdekaan, Satu Pengisian

September 6, 2009

.
.

Benarkah mengisi kemerdekaan, jauh lebih sukar daripada mengecapnya?


Terimalah perkongsian kreatif, sebuah lagi produksi istimewa daripada Sekolah Sains Sosial: “Salam kemerdekaan buat semua!”

Nota: Ini adalah entri khas sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia. Ia kekal sebagai entri teratas sehingga 16 September 2009. Untuk entri terkini, sila skrol di bawah.