Salam Idul Fitri

September 16, 2009

.
.

Begitu sukarkah mengucapkan kata maaf? Terlalu tinggikah ego sebuah perasaan?


Janganlah kerana kita hilang kata-kata untuk memohon kemaafan; maka kita kehilangan sesuatu yang lebih berharga. Fitrah asasi seorang manusia, dan nilai sebuah persahabatan.

Salam Idul Fitri, maaf lahir dan batin.

Advertisements

Satu Kemerdekaan, Satu Pengisian

September 6, 2009

.
.

Benarkah mengisi kemerdekaan, jauh lebih sukar daripada mengecapnya?


Terimalah perkongsian kreatif, sebuah lagi produksi istimewa daripada Sekolah Sains Sosial: “Salam kemerdekaan buat semua!”

Nota: Ini adalah entri khas sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia. Ia kekal sebagai entri teratas sehingga 16 September 2009. Untuk entri terkini, sila skrol di bawah.


HAKUMS 2008: Meriah berwarna-warni!

June 9, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hari Keluarga Universiti Malaysia Sabah 2008 [HAKUMS-08] direalisasikan dalam suasana meriah dan berwarna-warni di kawasan pantai ODEC (UMS). Perasmian dilakukan pada petang 6 Jun (Jumaat) ketika hujan sedang renyai. Manakala, majlis penutupan berlangsung pada tengahari 7 Jun (Sabtu) dalam cuaca yang redup dan nyaman. Read the rest of this entry »


D’Arts cipta sejarah!

December 17, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

D’Arts (gugusan sastera) mencipta sejarah dalam temasya Sukan Antara Staf UMS kali ke-8 apabila muncul Naib Johan keseluruhan dengan pungutan 74 mata. Admin United (pentadbiran) mengekalkan kejuaraan dengan 115 mata. Manakala pasukan Esteem (gugusan sains) dan Beach Campus (Kampus cawangan Labuan) masing-masing mendapat 67 dan 62 mata untuk menduduki tempat ke-3 dan ke-4 keseluruhan.

D’Arts mendapat tiga pingat emas (pool, badminton veteran dan tenis), tujuh perak dan empat gangsa. Untuk keputusan lengkap bagi semua acara, sila klik sini.

Klik untuk melihat ‘wajah-wajah’ D’Arts sepanjang Sukan Staf 2007
(Kredit foto/video: Stanley, Gary & Rem)


* * *

Antara wakil-wakil Sekolah Sains Sosial yang turut menganggotai kontijen sukan D’Arts termasuklah Dr. Asmady Idris (Dekan), En. Mustapa Abd Talip (Ketua Program Geografi) dan En. Fazli Abd Hamid (Ketua Program Hubungan Industri).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dr. Asmady (Badminton)

En. Mustapa (Boling/Golf)

En. Fazli (Bola Tampar)

Pn. Zuraini Hamdin (Penolong Pendaftar) mengambil peranan sebagai penyelaras pasukan Bola Tampar (Wanita) yang merangkul pingat perak. Dalam acara Badminton Veteran, Dr. Kntayya Mariappan (pensyarah Program Sosiologi & Antropologi) mengekalkan rekod bersih dengan memenangi ketiga-tiga perlawanan dalam acara bergu untuk membantu D’Arts mengutip pingat emas.

Notakaki: Untuk paparan videografi dan ‘downloadable photos’, sila klik sini!


Amanat Ketua Kontijen D’Arts

December 3, 2007

Chef de Mission, Dg. Rukiah, inspired everyone, with her simple-but-moving persona:

Play hard,
Play smart,
and
Play together.

Together we conquer!

Ahli-ahli kontijen sukan D’Arts yang terdiri daripada gabungan 10 SPIU (i.e. Perpustakaan, UMTP, PALAPES, PPIB, SSS, SPE, SPPS, SPiKS, SPS dan Pusat Pengajian Pascasiswazah) telah berkumpul di Dewan Teater Ahmad Nisfu (Sekolah Pengajian Seni) pada jam 12.30pm, 3 Disember 2007 untuk mendengar amanat Ketua Kontijen D’Arts (Pn. Dg. Rukiah) seterusnya menyaksikan pelancaran logo rasmi kontijen D’Arts 2007. Imej asas logo ini disimbolkan oleh cheetah yang melambangkan sifat tangkas dan pantas!

         Klik klip video untuk menyaksikan montaj pelancaran logo


Mesej Syawal 1428H

October 28, 2007

Mesej istimewa SSS (UMS) sempena Syawal 1428H
(Extended version of the original clip: ‘Kehilangan’)


One of the most watched amateurishly-made Raya clips
on Youtube (2007) — play it now!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Koleksi Videografi de’ SinggahSini: sila klik imej untuk info spesifik
setiap klip video (all videos are hosted by YouTube)


Salam Idul Fitri 2007

October 18, 2007

 

 

Sekolah Sains Sosial
Universiti Malaysia Sabah

mengucapkan

Salam Idul Fitri
Maaf Zahir & Batin

‘Kehilangan’ sebuah videografi eksklusif Idul Fitri Sekolah Sains Sosial Read the rest of this entry »