Web Pilihan Mei 2008

May 28, 2008

Tempinis Diaries: sebuah blog personal tentang hal-ehwal sekitar dunia institusi pengajian tinggi Malaysia

Kadayan Journal: catatan seorang jurnalis tempatan tentang masyarakat Kadayan dan hal-ehwal sekitar negeri Sabah


Web Pilihan: Blog Komen:tari @ Organised Chaos

February 15, 2008

Penulis blog ini seorang pensyarah/penyelidik muda, yang sedang menyelesaikan kajian PhD di United Kingdom. Beliau memiliki bakat yang paling dituntut dalam dunia akademik: daya ekspresi dalam penulisan. Ukuran kepada ‘daya ekspresi’ bukan sekadar pada soal tatabahasa dan pemilihan semantik. Dalam wacana ilmu, itu hanya aspek sekundari. Yang lebih penting, keupayaan untuk mengupas isu dan persoalan dengan gaya penulisan penuh membujuk. Serta kebolehan memberi perspektif yang provokatif, tetapi mudah dihayati.

Dalam entri terbaru, Idlan Zakaria menulis:

Kenapakah ini terjadi? Sudah pasti, jawapan yang pertama, soal budaya. Keduanya, soal sistem pendidikan. Sedikit terganggu juga, bila memikirkan sistem pendidikan negara yang masih terlalu bersifat latih tubi. Walaupun pada dasarnya, latih tubi itu sebenarnya bukan masalah, tetapi lebih berbentuk simptom.

Beliau merujuk pada sikap mahasiswa sekarang (dan, juga kebanyakan pensyarah penyelidik muda!) yang malas mempersoalkan informasi. Lebih suka menerima apa jua yang disogok. Tiada kemahuan untuk membuat verifikasi, jarang ada keinginan mahu mengolah-semula perspektif asal.

Sila lawati: Komen:tari dan Organised Chaos


Koridor Pembangunan Sabah

January 30, 2008

Ia dilancarkan betul-betul pada ‘detik dan situasi’ yang boleh mencetuskan pelbagai spekulasi. Justeru, (seperti yang dijangka) ia mengundang perbahasan yang sangat hangat di mana-mana. Adakah ia benar-benar satu agenda sosio-ekonomi semantap siri-siri Rancangan Malaysia? Atau hanya satu retorik pembangunan? Bahkan, ada yang menghujahkan bahawa ia hanya satu provokasi politik, sebab itu ia dilancarkan sejurus sebelum pembubaran parlimen. Sekadar satu umpan pilihanraya, begitu?

Itu semua adalah persoalan-persoalan subjektif, yang barangkali sukar untuk menemukan sebarang jawapan pasti. Kerana ia dibauri motif dan sentimen politik.

Bagi komuniti akademik, Koridor Pembangunan Sabah (KPS) menjanjikan pelbagai sudut kajian yang menarik. Sama ada bersifat pra-operasi atau pasca-operasi. Sila lawati laman rasmi Koridor Pembangunan Sabah di sini. Untuk men-download dokumen KPS, sila klik sini (brosur) dan klik sini (blue-print lengkap).


Voter Opinion Poll 2007

January 29, 2008

Satu tinjauan umum telah dibuat oleh Merdeka Centre for Opinion Research tentang persepsi bakal pengundi Malaysia berhubung dengan situasi negara terkini — merangkumi kesedaran dan perspektif terhadap demonstrasi, serta isu-isu kepimpinan dan sosio-ekonomi. Bagi kumpulan penyelidik yang berminat membuat kajilidikan pos-pilihanraya, survei umum ini boleh dijadikan rujukan awal yang berguna (sila baca atau muat-turun di sini).

Read the rest of this entry »


Web Pilihan: Situs Sains Sosial

January 21, 2008

Ini adalah sebuah lamanweb yang ditulis dalam Bahasa Indonesia dan sangat informatif. Ia mengandungi artikel-artikel bersifat akademik (dan semi-akademik) yang boleh didownload dalam bentuk pdf. Majoriti artikel adalah berkait-rapat dengan disiplin Sains Sosial (khususnya Geografi, Sosiologi dan Antropologi). Ia merangkumi wacana tentang isu (pertanian dan petempatan desa terutamanya), metodologi dan falsafah penyelidikan. Sangat menarik untuk dilayari!

Sila ke lamanweb Situs Pribadi Syahyuti bagi melihat sendiri keajaiban ilmu yang ditawarkan.


Salam Maal Hijrah 1429H

January 10, 2008

…take your time, think a lot,
why, think of everything you’ve got
for you will still be here tomorrow,
  — but your dreams may not.

It is probably one of the most powerful songs of all time. Beautifully composed by none other than the great music genius, Cat Stevens. For more than three decades, this song (and its many revival versions) has/have touched the heart of millions people: giving them a new meaning of life. That struggles and hopes can co-exist.

To really appreciate the underlying beauty of this inspiring song — you need to listen to the original ‘raw’ version. Here it is:

Salam Maal Hijrah 1429H

Semoga tahun baru ini dapat mengembalikan semula makna hidup yang sebenar, dan memberi satu harapan baru. Kepada kita semua.

* * *


Salam dari Australia

December 24, 2007

Dari kejauhan di benua Australia, sdra. Gaim Lunkapis menitip salam perayaan (Qurban, Natal & Tahun Baru). Sebagai halwa mata dan telinga, beliau mencadangkan link ini. Klip menarik tentang GIS, dalam bentuk nyanyian ala komedi. 🙂

GIS Day 2007

Mademoiselles and Monsieurs, it is with deepest pride
and greatest pleasure that we welcome you today
And now we invite you to relax, let us pull up some
chairs as the city staff proudly presents –
your maps
G – I – Yes! G – I – Yes!

Read the rest of this entry »