Apa & Siapa

.
.

de’ SinggahSini:

satu jenama kasual bagi Sekolah Sains Sosial (UMS). Ia membawa falsafah santai dan ceria, sesuai dengan jenama yang bersifat sangat basahan ini.

Kenapa de’ SinggahSini?

Ia satu personfikasi linguistik daripada ungkapan asal ‘singgahsana’ yang bermaksud takhta mahligai (sinonim dengan sifat gemilang). Dengan menukar kosakata ‘sana’ kepada ‘sini’ — ungkapan itu menjadi lebih mesra (dan ‘inviting’), tetapi masih membawa aura dan semangat gemilang yang serupa.

Laman ini bukan website rasmi Universiti Malaysia Sabah. Buletin Online ini diselia secara informal oleh ahli redaksi sukarela:

Webmaster: Dr. Ramzah Dambul
Pen. Webmaster: En. Fauzie Sarjono & En. Azizan Morshidi
Wartawan: Cik Intan Soliha Ibrahim & En. Stanley Suab

DISCLAIMER
Tidak ada panel editor rasmi yang menyemak, menyunting dan memperakukan bahan-bahan yang disiarkan dalam laman ini. Justeru, sebarang bahan yang tersiar dalam laman ini tidak boleh dianggap mencerminkan pendirian Sekolah Sains Sosial atau Universiti Malaysia Sabah secara rasmi.

SSS dan UMS, tidak boleh dipertanggungjawabkan secara legal mahupun etika pada sebarang bahan yang tersiar dalam Buletin Online ini — sama ada tulisan pihak pertama (Webmaster/Wartawan), pihak kedua (penyumbang bahan) atau pihak ketiga (pemberi komentar).

Laman rasmi bagi SSS dan Universiti Malaysia Sabah adalah:

Sekolah Sains Sosial
Universiti Malaysia Sabah

PS: Sebarang kemusykilan, sila email Webmaster.

Comments are closed.

%d bloggers like this: