Refleksi

 Nota: Ini adalah himpunan catatan personal. Sekadar satu refleksi diri, untuk dikongsi bersama.

___________________________________________

___________________________________________

Catatan Julai 2008

(i)

Selalu sangat orang bertanya:

Blog untuk apa?

Tidakkah buang masa?

Ganggu tumpuan kerja?

 

Ramai yang masih kurang faham. Blogging ini satu hobi. Bukan satu kerja lain, yang dibuat secara part-time. Setiap orang perlukan terapi. Sama ada untuk minda atau fizikal. Hobi adalah metod paling murah dan mudah bagi tujuan terapi. Tapi sangat efektif. Khususnya untuk terapi minda, dan spiritual.

 

Berdepan dengan tekanan kerja yang menimbun, blogging adalah cara terbaik me-nyahtoksin-kan segala racun (rohani dan jasmani). Yang dijana oleh persekitaran kerja. Seriously, I don’t blog to prove anything. Neither my political stance, nor my intelligence. I take blogging purely for leisure. It helps me keeping my sanity.

 

Ganggu kerja? Tidak. Malah, blogging membantu saya lebih fokus. Inilah tempat saya bergossip ria, membebel jika perlu, dan berpolitik. Ya, macam-macam ekspresi boleh diluahkan. Dalam pelbagai konteks dan situasi. Jadi, saya tak perlu lagi bawa mentaliti gossip dan ‘politiking’ di tempat kerja. Because this blog is my place for those.

 

I believe that everything has its place. You shouldn’t eat and shit at the same place. Unless you’re really that ‘sick’. Yes, metaphorically speaking.

 

 

(ii)

Bercakap pasal kerja dan kerjaya, profesionalisme memang satu isu kritikal. Terutama dalam sektor kerajaan di mana meritokrasi hanyalah gula-gula pencuci mulut. Bukan sajian dalam menu utama.

 

Kadang-kadang gossip mengatasi realiti. Isu personal dipandang lebih penting daripada kerja hakiki. For you to get noticed and appreciated, you have to reduce yourself to being an a$$-licker. Atau, sekurang-kurangnya jadi gurkha tukang kipas. This is only my peronal observation. I could be wrong.

 

Berdepan dengan situasi begitu, kita mudah terdedah kepada macam-macam kebejatan emosi.

Mungkin kita akan marah, kecewa, dendam, benci, etc. Sebab itu kita sangat perlukan proses nyah-toksin. If not, our anger and bitterness will consume us. And, we may end up broken. Both emotionally, and spiritually. Sometimes, mentally and intellectually too. Worse, huh?I had seen this happened, to my colleagues and close friends. And, it is something that I would never allow to happen. To myself.
 

 

Terima kasih dunia blogging. Secara peribadi dunia ini telah membawa saya meneroka pelbagai dimensi hidup. Ia menguja refleksi diri. Ia membantu saya menemukan: apa yang saya cari. Sebenar-benarnya. Dalam hidup nan sementara ini.

 

Apa yang patut kita cari? Happiness. And, good health. No less, no more.

 

 

(iii)

Contrary to what most of my friends (and may be some of my colleagues?) think I’m not particularly ambitious. Yes, I do take my job seriously. Trying to be very focused, all the time. A bit anal retentive, to certain extent. Or, a perfectionist you may say.

 

But that it is. Serious dalam kerja, tidak semesti membayangkan kamu mengendong cita-cita sebesar gunung, kan? There’s nothing wrong with being ambitious. Or, even super ambitious, for that matter. But it’s also perfectly ok if you choose not to be one. I fall into the latter category.

 

I’m very modest in setting what I want to achieve. Saya tidak mau mati sakit jantung kerana tekanan kerja. Financial gain certainly doesn’t motivate me. Kalau dibagi begitu-begitu saja, memanglah saya mahu. Siapa tidak, kan?  But I wouldn’t put it as the top priority. Saya tidak bersedia mencagarkan kualiti hidup untuk mengejar materi.

 

 

 

(iv)
Seorang kawan kerja saya selalu sangat cakap: “I want to retire as a professor. And, hopefully become the Vice Chancellor, prior to retirement.” I said
go for it. If you believe that’s the best for you then why not? I’m supporting you all the way. To me, life is about choice. Everyone is entitled to his or her own. Yang penting kita gembira dengan pilihan sendiri.

 

Honestly, as for myself I’m more than happy to be (and remain) where I am now. I might be a perfectionist. But I’m not competitive. Kawan saya (yang tadi itu) selalu provokasi: “Kalau kamu tiada target dan cita-cita tinggi, buat apa jadi ahli akademik di universiti?” Begitu kata dia. Dengan nada menempik.

 

My defense is? Because I genuinely have passion in what I’m doing. That’s why I am here. I love teaching. I love researching. I love communicating my ideas and thoughts with other people. Tidak cukupkah itu? To be a professor (or whatever) that’s not for me to decide. And seriously, I (personally) don’t think it is important.

 

As long as I am allowed to do what I love; as long as I can keep doing it with undivided passion

that’s good enough. I won’t ask for more. I don’t benchmark my career based on tangible achievement. Yang penting, hati sendiri puas. And of course, to be happy.Anything more than those (in return), I would gladly accept as a bonus. But no, I’m not going to fight for it.
 

 

Saya tidak mahu jadi taksub-menggila, semata-mata kerana kerjaya.

That’s so not worth it. When I was younger, I wasted too much time chasing things I shouldn’t, and trying very hard to prove myself. Now, that I’m older (and wiser of course!) — I realise how stupid I had been. I want to enjoy my life more, and avoid repeating the same mistakes.Seorang kawan akrab pernah katakan ini pada saya: “Ada tiga perkara yang Tuhan janjikan pada kita — jodoh, maut dan rezeki“. Ini adalah perkara yang tak perlu dibubut-bubut. All we have to do is trying the best. And yes, praying. Then those things would come naturally. Kalau sudah sampai masanya. Kalau ia tak datang, then it is not meant to be ours. Don’t be angry, don’t be bitter. May be there’s something else for us. Who knows?

Kita mesti ingat, perjuangan hidup (dalam dunia fana ini) adalah suatu proses. Tentang bagaimana kita bermula dan bagaimana kita menghayati setiap detik perjalanan. Bukan segala-galanya hanya tentang matlamat, hasil dan destinasi. Semata-mata. Proses itu sendiri, jauh jauh jauh lebih penting!

I truly believe in what my dear friend said. For some years now, that is where I have placed my faith.
 

 

 

 

(v)
Saya fikir, untuk kekal jadi waras
kita harus ada hobi. Sebab ia memberi kita alternatif dari segi tumpuan dan perspektif.

 

Hobi (rekreasi minda dan fizikal) dapat memulihara ‘fokus diri’ dan mengekalkan ‘motivasi kerja’. Kalau fikiran dan halatuju hidup terlalu mono-dimensi at one point, we would lose interest in our very own life. Seriously. Nanti bila buat kerja pun, tak sepenuh hati. Bikin saja, asal ada. Mentaliti separuh-masak begitu.

 

That’s one of the main reasons, why I blog. So, things (around me) wouldn’t be that boring

because I can always explore my other interests through blogging. And seriously, this is one of the sources where my momentum for life comes from.Kamu, yang masih belum blogging, bila lagi?🙂
 

 

 

 

 

___________________________________________

___________________________________________

Catatan 2: 6 Oktober 2007

Refleksi Ramadhan — gagal induksi!
Nota: Catatan ini ditulis pada Oktober 2007. Pada awal tahun 2008, setelah semakan semula dibuat, kesemua peserta yang gagal telah diberi status lulus. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada PERISAI (yang diketuai PM Dr. Ismail Ali) kerana memperjuangkan isu ini. Saya juga menyampaikan penghargaan tidak terhingga kepada Pendaftar UMS, En. Abdullah Hj Mohd Said — kerana sedia mempertimbangkan permohonan semak-semula dan begitu memahami kemelut isu ini.

 

(i)
Ibu saya meninggal pada petang Ramadhan terakhir, 1988. Lima minit sebelum azan maghrib. Pada tahun itu, saya sambut pagi aidilfitri di tanah kubur sambil mendengar bacaan talqin.

Dua tahun dulu (2005), bapa saya meninggal pada pertengahan Ramadhan. This time, I missed the talqin. And yes, the funeral too. I wasn’t there. OK, let me reword that. It was impossible for me to be there. I was then, thousands miles away. Somewhere in the northern hemisphere.

(ii)
Secara peribadi, Ramadhan selalunya satu bulan ironik. Ada nostalgia, ada elegi. Ia bagai satu pertembungan, antara rasa gundah dan ingatan indah. Ia muncul berselang-seli. Ia mengundang seribu déjà vu dan refleksi.

Kehidupan hari ini dipacu roda materialis yang deras. Sepanjang masa, manusia berlari terkocoh-kocoh dek dihambat cita-cita duniawi. Ada ketika, kerana terlalu ghairah mengejar, kita alpa pada hakikat bahawa dunia ini hanya satu pinjaman fana.

Mujur juga ada Ramadhan. Inilah detik terbaik untuk kita semua ambil peluang memperlahankan langkah. Atau, berhenti seketika jika perlu. Heningkan diri dan minda. Lihat sekeliling, kiri dan kanan. Kemudian, menimbang semula prioriti-prioriti dalam hidup.

Apa yang kita mahu? Maksud saya, apa yang ‘sebenar-benarnya’ kita mahu? Secara realistik, kita tak akan dapat semua perkara. Kita mesti selektif bila meletakkan sasaran hidup. Jika tidak, kita akan menjadi hamba kepada beban cita-cita yang kita cipta sendiri!

(iii)
Beberapa bulan dulu, saya ikuti kursus induksi UMS. Dua hari dulu saya dapat keputusannya. Daripada lebihkurang 50 peserta yang terlibat, 12 orang gagal. And yes, I am one of those unlucky minority, the so-called members of the ‘G-12’ association. 🙂

Saya sedikit gusar sebab mereka yang gagal selalunya ada kecenderungan negatif. They become so demotivated that they would, in most cases, turn into a bitter, angry and rebellious person. Ya, saya faham kenapa boleh wujud perasaan begitu. But I don’t understand why anyone would allow such extreme emotion to supersede the naturally-pleasant personality.

Gagal induksi: it wasn’t a big deal, really. Kalau gagal, ambil lagi. Bukan tidak boleh. It was not like the planet is going to explode, and life would come to the end. Or, was it?

Am I happy with my result? To be honest; NO, I’m not happy. I wish I were among those lucky 75%, who don’t have to re-sit the torturing exam. But, such wishful thinking won’t change anything. So, the next best thing to do is: to get over it, and move on.

Habis, mau buat apa lagi? Mau nangis berguling-guling di depan pintu bilik pendaftar menagih simpati dan kasihan?🙂 Ada juga yang sanggup bergaduh-gaduh dengan pihak penilai. Sampai begitu? Seriously, we all have much better things to do, don’t we?

(iv)
I personally think that nobody should fail this induction course. Unless it is on disciplinary basis. Di UM, UKM dan UKM (misalnya) — gagal induksi is almost unheard of! Nama pun kursus ‘induksi’ – bermaksud hanya untuk memperkenalkan peserta kepada sistem organisasi. Kursus ini sepatutnya bukan menuntut peserta supaya menguasai elemen-elemen tersebut secara ‘tersurat‘, serta-merta. Thus, the final test should be treated as (only) a matter of formality. Not a strict tool for rigid evaluation, ala-ala peperiksaan! Kesungguhan peserta mengikuti program, itu yang lebih penting.

Yes, that is how it should be. Unfortunately, not everyone has a decent level of common sense. Ada pula orang yang menjadikan kursus induksi sebagai medan latihan untuk menunjukkan kuasa. Kalau ada ruang untuk mempraktikkan elemen ‘budi bicara’, kenapa tidak gunakannya? Apa untungnya UMS mengamalkan kaedah penilaian yang rigid begini? Mungkin ada yang berfikir bahawa dengan cara memperketatkan sistem penilaian induksi, UMS akan berjaya menghasilkan kumpulan tenaga muda yang lebih dinamik, dedikasi dan mantap. Sorry, that is not the case. Trust me!

If you ask me this question: ‘do you deserve to fail?’ I would say, NO. Bukan sebab saya rasa saya bagus; atau saya yakin jawapan exam saya cemerlang. Tidak. Tapi sebab saya percaya bahawa kursus induksi hanyalah satu pengenalan kepada sistem. Dari sini, barulah setiap kakitangan mendapat lesen untuk mengukuhkan personal development.

Induksi tiada kena mengena dengan kenaikan pangkat. So, kenapa mesti ada yang digagalkan? Tiada sebab kenapa UMS harus merencat proses kakitangan untuk membangun. Sebab itu saya fikir, asalkan para peserta berjaya menunjukkan satu julat pengetahuan yang munasabah (sebagai ukuran bahawa mereka serius mengikuti program induksi), mereka patut diluluskan.

Having said all those, I don’t want to be bitter. I’m still willing to give the benefit of the doubt — kepada mereka di menara kayangan sana. I believe that everyone is honest and doing his/her job properly. So, kalau saya gagal – it simply means that I (really do) deserve to fail. Maksudnya, jawapan exam saya itu memang hopelessly teruk gila.

Menerima dan menelan hakikat bahawa kita kena mengulang exam memanglah pahit. But it’s not reasonable to expect that life is all sweet. I believe that everything happens for a reason. Lebih baik api tidak dilawan dengan api. Let karma takes its own course.

(v)
I used to be quite vulnerable. Emotionally. Not anymore (or at least I believe I’m no longer so). There had been so many things happened the past few months, which change the way I approach life. Peristiwa-peristiwa kematian adalah faktor terkuat yang telah mengubah perspektif hidup saya. Ya, kematian bapa ketika sedang struggle menyiapkan PhD di rantau orang: that was definitely one of the turning points. I had never felt so alone in my entire life. Ketika itu, saya hanya ada diri sendiri — untuk meyakinkan hati dan jiwa bahawa ‘semuanya akan ok’.

Being so close to insanity; surprisingly, against all the odds, I somehow survived it. Then, I suddenly realised that we (all) are actually much stronger than we (most of the times) think we are. It’s just a matter of adjusting our mental set-up.

The unexpected death of my other significant mother earlier this year, which was followed by the sudden premature death of my elder brother few weeks later: ini juga satu titik anjakan yang sangat bermakna. Yang terakhir itu, coincidently, terjadi pada malam sebelum hari penutup kursus induksi. So, I actually missed to attend the concluding day (of the induction). Padan pun gagal, barangkali?

Saya fikir, ada hikmah besar di sebalik insiden-insiden itu. Those have made me stronger and more stable, emotionally and spiritually. Semua itu telah mengingatkan saya bahawa masih ada banyak perkara lain yang jauh lebih penting dalam hidup. Bukan hanya sekadar mahu lulus induksi; atau taksub mengejar cita-cita, pangkat, kerjaya dan duit.

Sure, those are part of our lives. However, as significant as they may seem, life per se is not all that. Ada banyak lagi dimensi lain dalam hidup yang sama penting (barangkali juga lebih signifikan!).

Pelik, kan? Kadang-kadang kematian orang lain (secara literal), boleh membuat kita sendiri tiba-tiba kembali ‘hidup’. Metaphorically speaking, of course.

(vi)
OK, don’t get my point, wrongly. Saya bukan mahu mengatakan bahawa lulus induksi itu tidak penting. No, I’m not suggesting so. Sure it is important. You don’t come for (any) exam to fail, do you? I know I don’t.

But just because you fail in the formal test, doesn’t mean that the entire experiences are worthless. Ada sejuta rahsia tersembunyi dalam setiap perkara. Selain apa yang kita nampak pada mata kasar.

Saya fikir pengalaman induksi selama dua minggu itu sangat bermakna. It was so enriching: in terms of skill, knowledge and yes — friendship. I think that is far more important. To put it into a perspective: pengalaman dan kenangan lebih penting daripada sekeping surat pengesahan lulus, kan?

Kadang-kadang kita harus memaksa diri melihat sesuatu perkara itu dari sudut positif, sekalipun hati kita tegar berdegil tidak mahu melihatnya dengan begitu. That is how we learn to take control of our own lives.

Yes, we should never let (such) circumstances to conquer us, and negatively change our outlook. Seriously, life is just too short. Don’t live it bitterly.

___________________________________________

___________________________________________

Catatan 1: 4 April 2007
Global warming: apa sumbangan kita?

(i)
Saya disergah seseorang: kenapa beriya-iya mahu jimatkan kertas? Saya fikir dia bukan marah. Cuma barangkali kurang senang dengan penyaluran maklumat menerusi elektronik. Ya, saya faham. Memang internet UMS lembab terhegeh-hegeh, macam siput tak cukup lendir. Ketika waktu puncak, masa yang diguna untuk membuka satu email, kadang-kadang tempohnya setara dengan masa yang diguna untuk mencuci sebuah kawah dodol yang besar. Itu baru buka, belum lagi baca!

Tapi di sebalik kelembaban ini, saya fikir komunikasi secara elektronik masih satu alternatif yang bagus. Kelebihan paling utama, kita boleh akses info walau di mana saja. Tak perlu berada di sekolah secara fizikal. Bahkan, kalau kita berada di Papua New Guinea pun, kita masih boleh intim dekat dengan berita-berita opis.

(ii)
Saya kurang gemar dengan rutin edaran hard-copy kerana saya fikir itu tidak ekonomik. Bukan saja dari segi materi, tetapi juga dari segi tenaga dan produktiviti pengurusan. Bukan semua maklumat mempunyai nilai relevan yang sama untuk setiap orang. Biarpun maklumat itu sifatnya umum. Sedangkan bila mau diedar secara hard-copy, kita terpaksa edar pada semua. Kalau tidak, nanti dikata diskriminasi. Menyalahi prinsip ISO.

Penyaluran menerusi sirkulasi elektronik (email) dan board siber (blog) lebih ekonomik. Kita libatkan semua orang, tapi para pengguna boleh memilih secara selektif maklumat mana yang mereka mau layan atau bo-layan. Pilihan ada di hujung jari kita. Hanya satu klik. Tak perlu lagi pigeon hole kita diseksa dengan longgokan kertas setiap hari.

Lagipun, kalau dihantar secara ‘fizikal’, kebarangkalian untuk tercicir lebih tinggi. Kalau secara elektronik, ia boleh dirujuk semula bila-bila masa. Kalau malas baca di skrin, ada pilihan untuk print.Sekadar makluman, seluruh bangunan SS bakal dilengkapi kemudahan ‘wireless internet’ sebelum sesi baru bermula. Itu akan memudahkan lagi akses terhadap internet; serta menyenangkan tugas-tugas pengajaran (terutama bagi para pensyarah yang mengamalkan web-based teaching).

Saya fikir ini juga akan membantu merealisasikan usaha kita ke arah ‘paperless admin’. Sana-sini orang sibuk dengan proses penjenamaan-semula (rebranding). Ya, ia satu strategi yang bagus untuk meningkatkan imej. Soalnya, bagaimana sebuah institusi pendidikan seperti SS boleh dijenamakan semula? Menguasai teknologi informasi adalah cara terbaik. IT sangat sinonim dengan pendidikan dan penyelidikan. Justeru, kalau kita mahu perkenalkan SS sebagai gedung ilmu mesra-teknologi yang tidak fobia IT, ia harus bermula dari asas. Ya, bermula daripada kita: para pendidik merangkap penyelidik. Kan?  

(iii)
OK, kita masih bercakap tentang isu kertas ya. Barangkali hujah-hujah di atas itu tidak cukup menyakinkan sesetengah orang. Apa kata kita melihatnya pula dari sudut kemanusiaan dan obligasi sosial. Bagaimana? OK, let the climatologist speaks up: global warming is real! And it’s more alarming now than the previous decades. We certainly can’t afford to do nothing, can we?

Bolehkah kita menyelamatkan dunia dengan penjimatan sehelai kertas? May be not. But, does it make a difference in a long run? Yes, it does. Let me tell you the bitchiest thing about global warming. Impak petaka ini sangat tidak adil. The poorest countries in the world (i.e. the sub-Saharan Africa, Siberia and its surrounding) are relatively more prone to climate change.

Bila kesan pemanasan bumi berlaku, negara-negara miskin ini (yang secara natural lebih sensitif terhadap perubahan ekstrim iklim) terpaksa menanggung akibat yang lebih signifikan. Yang ironi, mereka bukanlah penyumbang utama kepada gejala global warming! Imagine this. Kita di sini bergelendangan ria dengan penggunaan kertas yang berlebihan, sedangkan akibat dari pembaziran itu akan ditanggung lebih perit oleh orang lain.

Ya, memang kita yang bayar kos kertas. Tapi kos derita, mereka yang membayarnya.

(iv)
Mulai hari ini, memo edaran dari P & I hanya akan datang dalam bentuk kertas mini, melainkan perkara yang betul-betul mustahak.

Comments are closed.

%d bloggers like this: