July 3, 2009

Selamat Datang Mahasiswa/i Baru SSS
1 Julai 2009 (DKP A2 & Sekitar Sekolah Sains Sosial): Sekolah Sains Sosial menyambut kedatangan seramai lebihkurang 350 orang mahasiswa/i baru, ambilan sesi 2009/2010. Acara dimulakan di DKP A2 pada jam 9.00am dengan ucapan amanat dan pengenalan SSS oleh Prof. Madya Dr. Asmady Idris, Dekan Sekolah Sains Sosial. Ia kemudian disusuli dengan tayangan video aktiviti SSS, yang diselaraskan oleh Cik Intan Soliha Ibrahim (pelajar pascasiswazah Program Komunikasi). Penamat bagi segmen pagi di DKP A2 adalah ceramah motivasi bertajuk “Bagaimana Mengharungi Kehidupan Sebagai Mahasiswa”, yang disampaikan oleh Pn. Marja Azlima Omar (Program Hubungan Antarabangsa).
Aktiviti pada sebelah petang diteruskan di Sekolah Sains Sosial dengan sesi suai-mesra intra-program dan taklimat kursus. Kemudian diteruskan dengan ‘acara treasurehunt’ berbentuk interaksi — yang dikendalikan oleh fasilitator pascasiswazah SSS. Gambar-gambar sekitar acara boleh Read the rest of this entry »
12 Comments |
Minggu Suaimesra |
Permalink
Posted by Rem
July 2, 2009

Peserta PEREKA Sekolah Sains Sosial 2009 (mengikut urutan abjad)
STATISTIK PEREKA SS 2009:
23 Projek
20 Penyelidikan
3 Inovasi
9 Penyelidik Muda
11 Penyelidik Senior
14 Peserta Pertama Kali
6 Peserta Tahun Lepas
3 Peserta Veteren (Sejak PEREKA Edisi I)
17 Tenaga Akademik
3 Pelajar Pascasiswazah
6 Penyelidik Wanita
14 Penyelidik Lelaki
8 Penyelidikan Kuantitatif/Empirikal
15 Penyelidikan Kualitatif/Etnografik
Penyertaan pada tahun ini juga telah berjaya menggembling kerjasama semua komponen utama di SSS: Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan (4 Projek), Pusat Remote Sensing dan GIS (3 Projek), Kursi Kadazandusun (1 Projek), Program Komunikasi (2 Projek), Program Geografi (4 Projek), Program Hubungan Industri (3 Projek), Program Hubungan Antarabangsa (2 Projek), Program Sosiologi dan Antropologi Sosial (3 Projek), dan Program Sejarah (1 Projek).
1 Comment |
PEREKA2009 |
Permalink
Posted by Rem
June 16, 2009

Penyertaan pertama kali dalam PEREKA (dari atas kiri, ikut pusingan jam): PM Dr. Fadzilah, PM Dr. Mohd Noor, Dr. Mohammad Tahir, PM Dr. Jaqueline, Dr. Aliakbar, En. Roslee, En. Nordin, En. Mosli, En. Azizan dan En. Mustapa (Tiada dalam gambar: Cik Maine Suadik)
15 Jun 2009 (11.00am — Bilik Mesyuarat CeRGIS, Aras 1): Satu perjumpaan dan taklimat telah diadakan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) bersama dengan semua peserta PEREKA Sekolah Sains Sosial bagi pertandingan tahun 2009. Sebanyak 23 projek dari SSS akan menyertai pertandingan penyelidikan dan inovasi paling prestij di UMS ini. Semua Program dan Unit di SSS telah diwakili, dengan jumlah penyertaan tertinggi daripada Read the rest of this entry »
6 Comments |
PEREKA2009, Pertandingan Inovasi |
Permalink
Posted by Rem
June 15, 2009

COASTAL ENVIRONMENTAL PROFILE OF SULU-SULAWESI SEAS, sebuah projek penyelidikan yang melibatkan kolaborasi enam universiti (UMS, UKM, USM, UM, UMT, UNIMAS). Kumpulan penyelidik UMS diketuai oleh Prof. Dr. Ridzwan Abdul Rahman, Dekan Sekolah Pertanian Lestari.
Projek ini mendapat dana daripada Kementerian Sains dan Teknologi (National Oceanographic Directorate). Salah satu objektif penyelidikan adalah untuk mengkaji kepentingan sosio-ekonomi bagi sumber-sumber zon pinggir pantai, serta menilai ancaman-ancaman yang berkaitan. Komponen ini akan ditangani oleh tiga penyelidik Sekolah Sains Sosial, iaitu: Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid-Cooke (aspek penggunaan sumber alam sekitar), Dr. Ramzah Dambul (rekabentuk soalselidik dan analisis statistik) serta Cik Maine Suadik (penyelaras gerakkerja di lapangan). Kumpulan penyelidik SSS akan Read the rest of this entry »
Leave a Comment » |
Antropologi & Sosiologi, Geografi, Penyelidikan |
Permalink
Posted by Rem