Malam Anugerah Geografi 2008

Malam Anugerah Program Geografi [edisi pertama] telah diadakan pada 15 Mac 2008, di Beverly Hotel (Kota Kinabalu). Malam anugerah tersebut dianjurkan oleh Kelab Geografi bertujuan untuk menghargai pencapaian cemerlang para pelajar dan juga penghargaan terhadap para pelajar tahun akhir.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Selain itu, terdapat beberapa acara yang dianjurkan seperti berkaraoke, persembahan, permainan tukar-tukar hadiah dan cabutan bertuah yang hadiahnya adalah pendrive 1GB! Kelihatan suasana meriah mewarnai majlis tersebut dengan pelbagai gaya pakaian yang diperagakan oleh para pelajar. Selain itu, tersenyum lebar khasnya para penerima anugerah cemerlang.

Ada juga para pelajar yang berkaraoke meluahkan bakat yang terendam selama ini. Agaknya tension belajar. Selain itu juga, mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar ala-ala gaya glamour bersama rakan-rakan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nampaknya, mereka sangat gembira berkumpul mesra sebagai satu keluarga serta mereka berharap akan dapat menganjurkan malam penghargaan Geo edisi kedua tahun depan. Tidak tahu pula apa cabutan paling bertuah mereka tahun depan. Nantikan ye!

Laporan dan gambar oleh Stanley Suab. Untuk melihat album gambar penuh bagi acara ini, sila klik sini.

7 Responses to Malam Anugerah Geografi 2008

  1. socrates says:

    menurut pemerhatian aku…malam itu hanya dihangatkan oleh gelagat pelajar tahun 1..
    sokongan dari pelajar tahun 2&3 juga mengalakkan …aktiviti yg dijalankan tidak lah menyeronokan sangat kerana terdapat satu2 aktiviti yang hanya dipelopori oleh pelajar tahun 1..

  2. aristotle says:

    pandai2 ja ko socrates..malam tu syok ba jua..

  3. jury says:

    Tahniah pelajar Geografi semua….ini akan menjadi kenangan untuk anda semua setelah meninggalkan UMS nanti…

  4. plato says:

    mana da..tipu la ko socrates..plajar tahun 3 ba yg kancang time tu..
    ko mana da pigi..
    ckp sebarangan..
    jumpa ba d lab..

    KSK holdingS

  5. Da Vinci says:

    Btul 2 plato.. Thn 3 ba yg kancang time 2..
    sabrangan ja yg ckp2 2..

    KsK Holdings

  6. Gallileo says:

    Sa sokong Plato dan Da Vinci….sorakan yang paling kuat pun tahun 3 juga…

    Ksk HoldingS

  7. antoneio says:

    yalah budak tahun 3 yang kancang!!!

    KsK Holdings

Leave a comment