Bintang Hati UMS

October 24, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

“Saya menerima anugerah ini kerana
adanya sokongan anda semua.”

Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Ampon,
Mesyuarat Pagi UMS, 23 Oktober 2009

Seluruh warga Sekolah Sains Sosial ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Ampon kerana telah dikurniakan darjah kebesaran tertinggi dalam hierarki Negeri Sabah, iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima. Majlis penganugerahan rasmi berlangsung pada 24 Oktober 2009 (Sabtu), bertempat di Istana Negeri. Pengiktirafan untuk Datuk Seri Panglima adalah kebanggaan kita semua.

Semoga bintang kebesaraan ini bakal menjadi simbol yang dapat mengukuhkan lagi imej dan reputasi UMS sebagai sebuah gedung ilmu tersohor di Negeri di Bawah Bayu.