PECIPTA Malaysia: Wakil SSS Menyerlah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Prof. Madya Dr. Balakrishnan (Sekolah Sains Sosial) menyumbang dua Pingat Perak kepada Universiti Malaysia Sabah dalam PECIPTA Malaysia 2009

8-10 Oktober 2009 (Kuala Lumpur Convention Centre): Universiti Malaysia Sabah mempertandingkan 16 projek penyelidikan dalam siri International Exposition of Research and Invention of Institutions of Higher Learning (PECIPTA Malaysia). Daripada 16 penyertaan UMS, 12 projek adalah daripada sekolah-sekolah pengajian sains (SKTM, SST, SSMP, SPTA, SPU, IPMB dan IPB); manakala 4 projek lagi daripada sekolah-sekolah pengajian non-sains (SSS, SPE, SSIL dan SPS). PECIPTA adalah pertandingan inovasi terbesar di Malaysia yang mempertemukan kesemua 20 IPTA dan beberapa IPTS di Malaysia.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sebahagian peserta UMS dan suasana sekitar PECIPTA 2009

Sebanyak 563 projek penyelidikan telah dipertandingkan. Secara keseluruhan, Pingat Emas dianugerahkan kepada 24 projek, Pingat Perak kepada 84 dan sebanyak 93 lagi mendapat Pingat Gangsa. Universiti Malaya muncul sebagai satu-satunya universiti yang berjaya memperoleh lebih daripada satu Pingat Emas (iaitu sebanyak lima). UMS berjaya memperoleh 4 pingat, iaitu 2 Pingat Perak dan 2 Pingat Gangsa. Ini adalah pencapaian yang memuaskan kerana persaingan dalam pertandingan kali ini begitu sengit. Sebagai timbangtara perbandingan, Universiti Kebangsaan Malaysia — iaitu sebuah IPT berstatus ‘research university’ dan mempertandingkan lebih banyak projek daripada UMS — juga hanya sekadar memperoleh 5 pingat tanpa Emas (i.e. 2 Pingat Perak, dan 3 Pingat Gangsa).

Sekolah Sains Sosial muncul sebagai penyumbang pingat tertinggi kepada kontijen UMS pada siri PECIPTA 2009. Kedua-dua Pingat Perak diraih menerusi projek-projek Prof. Madya Dr. Balakrishnan Parasuraman — iaitu (1) e-Discipline: A Web Based Merit dan Demerit Software for Controlling and Monitoring of Employees’ Disciplinary Problems (penyelidik bersama: Mustafa Man, Dr. Balan Rathakrishnan dan Irma Wani Othman); dan (2) Partnership as Union Strategy: Does it work in Asia? (penyelidik bersama: Dr. Satrya Aryana). Manakala dua Pingat Gangsa digondol melalui projek Dr. Rayner Alfred (SKTM) — DARA: Data Summarization Approach to Mining Patterns in Biodiversity Databases (penyelidik bersama: Dr. Dimitar Kazakov dan Raymond Alfred); dan projek Dr. Lee Jau Shya (SSMP) — InstantSa – A Solution for High Eating Quality Instant Foods (penyelidik bersama: Dr. Aishah Bujang dan Pang Yuik Chen).

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Rosnah Hj. Ismail, yang turut berada dalam ekspo ini untuk memberi sokongan moral kepada para peserta UMS, mengucapkan tahniah kepada semua penerima pingat dan wakil UMS. Kata beliau lagi: kemenangan pingat bukan matlamat utama. Yang paling penting, penyertaan ini adalah satu proses pengalaman kepada semua staf akademik UMS untuk belajar bagaimana meningkatkan kualiti penyelidikan. Secara konsisten dan berterusan.

8 Responses to PECIPTA Malaysia: Wakil SSS Menyerlah

  1. Ahmad, M says:

    Tahniah !!!

  2. Fadzilah says:

    Heartiest congratulations Dr. Bala for gaining the recognition you deserve.

  3. jurry says:

    tahniah Dr Bala

  4. Roslee says:

    Congrates Dr.Bala. All the best in your future endeavors.

  5. Syahruddin says:

    tahniah kepada Dr. Bala dan penyelidik yang mewakili UMS dalam PECIPTA 2009

  6. Rizal says:

    Tahniah Prof. Bala…

  7. syakirah says:

    tahniah…

  8. tumanggong says:

    Tahniah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: